Helah Israel adalah untuk usir penduduk Gaza
Helah Israel adalah untuk usir penduduk Gaza
Baitulmaqdis: Israel memang mempunyai rancangan jahat bagi mengusir rakyat Palestin ke Mesir selepas memerangkap mereka di selatan Gaza.
Hakikatnya, wartawan di Gaza, Huda Naim berkata, ramai penduduk dari utara datang ke selatan, namun tiada lagi tempat selamat di wilayah itu.
“Ramai orang utara ke selatan dengan harapan untuk mencari kawasan selamat, tetapi sejak kebelakangan ini kita melihat tidak ada tempat selamat.
“Orang awam menjadi sasaran dan pembunuhan beramai-ramai dilakukan di sana,” katanya kepada Agensi Anadolu.
Tentera Israel cuba memindahkan 2.3 juta orang di kawasan yang sangat kecil dari utara ke selatan Gaza.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Titah Sultan Johor Buat Mahathir Gelisah
- Perikatan Nasional Gagal Sebagai Kerajaan Dan Pembangkang
- NGO Justice For Sisters Penyokong Tegar LGBTQ?
“Walaupun orang yang terperangkap di selatan Gaza bimbang, kami tetap berpegang teguh kepada tanah air ini.
“Kami tahu apa yang akan berlaku jika kami meninggalkan Gaza.
“Ia tidak akan dapat dipulihkan sama seperti Nakba pada 1948,” katanya.
Katanya, jutaan pelarian Palestin yang terpaksa meninggalkan tanah air pada tahun 1948 tidak boleh kembali semula.
“Nakba tidak boleh berlaku lagi.
“Tragedi yang dialami rakyat Palestin selama 75 tahun ini tidak boleh berlaku lagi,” katanya.
Huda berkata, sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza padat dengan penduduk Palestin sehingga ramai terpaksa bergelut dengan kelaparan, penyakit dan wabak terutama pada musim sejuk ini.
“Gaza adalah salah satu bandar paling padat penduduk di dunia sebelum serangan yang bermula pada 7 Oktober lalu.
“Tidak boleh diterima secara mental apabila 80 orang tinggal di rumah seluas 100 meter persegi dengan tiada air, elektrik, gas dan tiada apa-apa,” katanya.
Di sebalik semua kesukaran ini, katanya, rakyat Palestin cuba bersabar dan bertahan terhadap penjajahan Israel.
“Kami juga kekurangan pasukan dan peralatan perubatan terutama doktor, malah pembedahan untuk merawat luka tidak boleh dilakukan.
“Setiap rakyat Palestin mempunyai kisah unik, impian dan cita-cita.
“Setiap individu layak untuk hidup dan mempunyai kehidupan yang baik dan memiliki tanah sendiri seperti orang di Amerika Syarikat,” katanya.
Helah Israel adalah untuk usir penduduk Gaza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten?
- Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim
- Tindakan Mengepam Air Ke Dalam Terowong HAMAS Tidak Berperkemanusiaan & Akan Gagal
- Adakah PAS Parti Peminta Sedekah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :