Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim
Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim
Sama ada sebelum atau selepas menjadi perdana menteri, Anwar Ibrahim sering menyatakan iltizam beliau untuk meminimakan ketirisan dan pembaziran dana negara.
Contoh yang sering beliau berikan adalah kejayaan beliau membentangkan perbelanjaan berimbang ketika menjadi Menteri Kewangan di era Dr Mahathir.
Malah, ketika menjadi pembangkang, Anwar begitu lantang mengkritik pentadbiran DS Najib yang beliau dakwa terlalu boros dalam membelanjakan dana kerajaan.
Cuba kita lihat, adakah Anwar mengotakan janji beliau atau walk the talk atau beliau hanya talk tapi tak walk…πππ
Jumlah Kementerian Di Era DS Najib
Secara perbandingan, di era DS Najib, kabinet mempunyai 25 kementerian:
- Jabatan Perdana Menteri
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Dalam Negeri
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
- Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Kementerian Luar Negeri
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Kementerian Kerja Raya
- Kementerian Sumber Manusia
- Kementerian Wilayah Persekutuan
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Kementerian Belia dan Sukan
- Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Jumlah Kementerian Di Era Anwar Ibrahim
Manakala selepas rombakan kabinet yang baru diumumkan, pentadbiran Kerajaan Perpaduan mempunyai 28 kementerian:
- Jabatan Perdana Menteri
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
- Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Kementerian Ekonomi
- Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan
- Kementerian Luar Negeri
- Kementerian Kerja Raya
- Kementerian Dalam Negeri
- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Kementerian Pelancoongan, Seni dan Budaya
- Kementerian Komunikasi
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Perpaduan
- Kementerian Belia dan Sukan
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
- Kementerian Perladangan dan Komoditi
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Digital
- Kementerian Sumber Manusia
Pertambahan 3 potfolio sudah pasti akan menambah perbelanjaan kerajaan.
Menurut ahli parlimen Muar, Syed Saddiq, gaji seorang menteri tidak kurang dariΒ RM50,000 sebulan.
Ini tidak termasuk tuntutan-tuntutan lain yang layak dituntut oleh seorang menteri.
Kalau benar apa yang didakwa Syed Saddiq, maka penambahan 3 kementerian, paling minima akan menambah perbelanjaan RM150,000 sebulan.
Itu hanya untuk emolumen menteri sahaja, tidak termasuk emolumen timbalan menteri dan gaji pegawai kementerian yang lain.
Dan setiap kementerian sudah pasti ada pejabat kementerian di setiap negeri.
Dan setiap pejabat kementerian sudah pasti ada perabut, peralatan pejabat, papan tanda dan pelbagai kemudahan lain.
Persoalannya, adakah penambahan potfolio sememangnya satu keperluan mendesak atau sekadar lantikan politik untuk menjaga hati parti komponen Kerajaan Perpaduan?
Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim
Di Syorkan Untuk Anda:
- Tok Mat Hasan Turun Pangkat?
- Titah Sultan Johor Buat Mahathir Gelisah
- Perikatan Nasional Gagal Sebagai Kerajaan Dan Pembangkang
- NGO Justice For Sisters Penyokong Tegar LGBTQ?