Tindakan Mengepam Air Ke Dalam Terowong HAMAS Tidak Berperkemanusiaan & Akan Gagal

Tindakan Mengepam Air Ke Dalam Terowong HAMAS Tidak Berperkemanusiaan & Akan Gagal

Tindakan Mengepam Air Ke Dalam Terowong HAMAS Tidak Berperkemanusiaan & Akan Gagal

Tentera Israel dilaporkan mula mengepam air laut ke dalam terowong Hamas di Gaza.

Penganalisis risiko ketenteraan dan politik Brussel, Elijah Magnier, berkata membanjirkan terowong di Gaza oleh tentera Israel adalah satu situasi yang sangat berisiko.

Ini adalah kerana memandangkan kehadiran tebusan dalam terowong.



“Kita melihat di televisyen bagaimana tentera Israel sudah pun membanjiri beberapa terowong”.

“Ia langsung tidak memberi kesan apa-apa pun terhadap prestasi ketenteraan Hamas”.

“Mereka masih menyerang anggota tentera Israel dan menyebabkan kematian yang sangat besar”.

“Israel menyedari hakikat bahawa membanjirkan terowong akan menimbulkan bahaya bagi orang awam Palestin”.



“Air tawar sedang tercemar terjejas”.

“Justeru, Israel mungkin perlu memikirkan semula strategi membanjiri terowong Hamas,” katanya.

Omar Ashour dari Institut Pengajian Siswazah Doha pula berkata, selain berisiko, tindakan itu juga akan menemui kegagalan.

“Ia (membanjiri terowong) juga sudah dicuba sebelum ini, tetapi tidak berhasil”.



“Pihak berkuasa Mesir sebelum ini cuba membanjiri terowong penyeludupan yang dibina merentasi sempadan Rafah dan Gaza menggunakan air kumbahan, tetapi tidak berjaya”.

“Kini terdapat lebih banyak cara yang berkesan untuk menghentikan air”.

“HAMAS boleh membina empangan mini di dalam terowong yang menghalang air atau mengasingkan air di kawasan tertentu”.

“Israel akan gagal jika melakukan strategi itu,” jelas beliau.



Wall Street Journal dan ABC News melaporkan tentera Zionis Yahudi mula mengepam air laut ke dalam terowong HAMAS di Gaza.

WSJ melaporkan, proses itu mungkin mengambil masa beberapa minggu.

Manakala ABC News pula melaporkan situasi berkenaan berkemungkinan terhad memandangkan Israel sendiri meragui keberkesanan strategi itu.



Tindakan Mengepam Air Ke Dalam Terowong HAMAS Tidak Berperkemanusiaan & Akan Gagal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button