Hendap, ganggu jurugambar wanita melalui Twitter, lelaki tukar pengakuan kepada bersalah

Hendap, ganggu jurugambar wanita melalui Twitter, lelaki tukar pengakuan kepada bersalah

Hendap, ganggu jurugambar wanita melalui Twitter, lelaki tukar pengakuan kepada bersalah
Mohamad Safiq Rosli (kanan) didakwa mengganggu Acacia Mardiana Daud melalui aplikasi Twitter.

SHAH ALAM: Seorang perunding pengurusan acara sambilan yang didakwa menghendap seorang jurugambar wanita dengan menghantar gangguan berulang melalui tiga komunikasi akaun Twitter pada Julai lalu hari ini menukar pengakuan kepada bersalah.

Mohamad Safiq Rosli, 37, yang menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan itu mengikut Seksyen 507A(1) Kanun Keseksaan, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Sasha Diana berkata, beliau menerima pengakuan salah tertuduh selepas dapatan laporan perubatan menyatakan Mohamad Safiq layak dibicarakan dan membuat pengakuan.



Mahkamah menetapkan 19 Disember ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas manakala peguam Fithril Hakim Ab Jalil mewakili Mohamad Safiq.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Khaled Nordin Menjadi Menteri Pertahanan Yang Kompeten?




Dia didakwa mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, melalui aplikasi Twitter atas nama akaun “@sopert99” dengan menghantar komunikasi berbentuk luahan perasaannya di akaun Twitter milik mangsa “@ShaFoShizzle” yang telah dibaca di sebuah rumah di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di antara 1.40 pagi 15 Julai dan 5.58 petang 21 Julai lepas sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Mohamad Safiq boleh dihukum mengikut Seksyen 507A(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 10 Ogos lalu, Mohamad Safiq mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk merujuk tertuduh ke Unit Forensik Psikiatri di Hospital Ulu Kinta bagi pemerhatian.– BERNAMA



Hendap, ganggu jurugambar wanita melalui Twitter, lelaki tukar pengakuan kepada bersalah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading