Pegawai kanan polis ditahan kes langgar pelajar depan sekolah

Pegawai kanan polis ditahan kes langgar pelajar depan sekolah

Pegawai kanan polis ditahan kes langgar pelajar depan sekolah
Pegawai kanan polis ditahan bagi bantu siasatan kes langgar lari calon SPM berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Meru. – Foto tular.

IPOH: Pegawai kanan polis ditahan berhubung insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian pelajar Tingkatan Lima selepas motosikal ditunggang remaja itu dilanggar kereta dipandu pegawai polis berkenaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah itu ditahan dan akan menjalani proses permohonan reman esok untuk siasatan lanjut.

Katanya, mangsa iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pegawai polis berusia 44 tahun itu tidak cedera.



Selain disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya, siasatan akan turut dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh. Orang awam juga diminta tidak membuat sebatang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Yahaya dalam pada itu turut meminta kepada orang awam yang mengetahui atau menyaksikan kejadian supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163.

Terdahulu, BH Online melaporkan Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di tempat kejadian selepas dikatakan diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter.

Pegawai kanan polis ditahan kes langgar pelajar depan sekolah

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading