Meerqeen Nyanyi Lagu Dato’ Ahmad Jais Raih Pujian Netizen [VIDEO]

“Dia Belanja Lagu Klasik”

Meerqeen Nyanyi Lagu Dato’ Ahmad Jais Raih Pujian Netizen

Meerqeen Nyanyi Lagu Dato’ Ahmad Jais Raih Pujian Netizen
Meerqeen Nyanyi Lagu Dato’ Ahmad Jais Raih Pujian Netizen

Siapa yang tidak mengenali pelakon, penyanyi dan model yang berasal dari Malaysia, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen, dilahirkan pada 4 Jun 2001 dan berasal dari Ampang.

Meerqeen memulakan kerjayanya, selepas menyertai satu pertandingan Hero Remaja 2019/2020. Meerqeen lebih dikenali ramai, apabila drama lakonannya bersama Anna jobling iaitu ‘Melur Untuk Firdaus’ mendapat tempat di hati penonton bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga.

“Nyanyian Sedap Tapi Perlu Belajar Lagi”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Meerqeen yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 164 ribu, tanda suka sebanyak 13 ribu dan sebanyak 298 komen.



Di dalam video berkenaan, memaparkan Meerqeen menyanyikan lagu klasik dari Dato’ Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang yang bertajuk “Selasih Ku Sayang”.

@meerqeen

Kayak mang mang nasi goreng ga sih? #fyp #foryou

♬ original sound – Meerqeen – Meerqeen



Rata-rata netizen memuji alunan suara Meerqeen yang kedengaran mendayu-dayu ketika menyanyikan lagu tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa suara Meerqeen sangat enak untuk di dengar namun perlu latihan yang lebih banyak lagi.

“Sumpah suara dia sedap, classic melayunya dapat. memang perlu belajar lagi. Tapi nyanyiannya sedap”

“Wah sedap la suara Meerqeen, pandai nyanyi rupanya”

“Bila Meerqeen tengah bosan, ada je yang dia nak buat”-kata mereka



Meerqeen Nyanyi Lagu Dato’ Ahmad Jais Raih Pujian Netizen
VIA TIKTOK

Apa-aap pun, memang tidak dinafikan bahawa Meerqeen mempunyai suara yang sedap untuk di dengar dan jika dia berlatih lagi pasti akan dapat menyanyi dengan baik pada masa akan datang.

Meerqeen Nyanyi Lagu Dato’ Ahmad Jais Raih Pujian Netizen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button