Penyiasat forensik cerun melawat tempat kejadian

Penyiasat forensik cerun melawat tempat kejadian

Penyiasat forensik cerun melawat tempat kejadian
Petugas agensi kerajaan menyiasat di tempat tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, hari ini. – Foto BH/AIZUDDIN SAAD

SERDANG: Beberapa agensi kerajaan masih meneruskan siasatan di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 Taman Wawasan, Puchong di sini yang menjejaskan sembilan kediaman.

Pegawai Daerah Petaling Jaya, Rahilah Rahmat, berkata pemeriksaan di tempat kejadian sedang dilaksanakan Jabatan Mineral dan Geosains.

“Pemeriksaan di lokasi diteruskan hari ini oleh Jabatan Mineral dan Geosains bersama pegawai dari Bahagian Cerun dan Forensik, Jabatan Kerja Raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Rahila yang juga Pengerusi Bencana Daerah Petaling, berkata setakat jam 3.30 petang semalam sebanyak 46 cerucuk besi sudah dipasang di kawasan cerun runtuh dan kerja menanam cerucuk diteruskan hari ini.

“Sebuah kereta dikeluarkan dari kawasan runtuhan pada jam 6 petang semalam.

“Pusat pemindahan sementara ditutup pada jam 9 malam tadi, dengan 29 penghuni sembilan rumah terjejas berpindah ke rumah saudara,” katanya.

Pagi ini, Rahila bersama beberapa petugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Majlis Bandar Raya Subang Jaya melawat tempat kejadian.



Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam Sabtu lalu disebabkan hujan lebat bermula jam 5.45 petang.

Berikutan itu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, di Puchong dekat sini, diarah berpindah atas faktor keselamatan.

Penyiasat forensik cerun melawat tempat kejadian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading