2 maut kereta, motosikal dihempap pokok tumbang

2 maut kereta, motosikal dihempap pokok tumbang

2 maut kereta, motosikal dihempap pokok tumbang

AMPANG JAYA: Dua maut membabitkan masing-masing pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) dan penunggang motosikal selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Utama Kampung Lembah Jaya Utara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.51 petang itu, pemandu Toyoya Avanza, Radin Abd Kharim Radin Mamfudz, 65, disahkan maut di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC, Muhammad Hisyammuddin Ahmad Shakif meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Ampang.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, mengesahkan kedua-dua mangsa yang meninggal dunia adalah warga tempatan.

“Sebaik menerima maklumat, bantuan di tempat kejadian dilakukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Sebaik kejadian, pihak bomba dan APM turut menjalankan kerja pembersihan di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan




Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak kami terus melakukan kerja-kerja mengeluarkan kedua-dua mangsa yang pada mulanya dikesan mengalami kecederaan,” katanya.

2 maut kereta, motosikal dihempap pokok tumbang

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button