Peluru pelali tumbangkan ‘Pak Belang’

Peluru pelali tumbangkan ‘Pak Belang’

Peluru pelali tumbangkan 'Pak Belang'
Harimau belang yang dikatakan berkeliaran di laluan sekitar Kampung Orang Asli Tonggang ke Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini sejak minggu lalu sudah berjaya ditangkap menggunakan tembakan pelali awal pagi hari ini. – Foto Ihsan Pembaca

IPOH: Harimau belang yang didakwa dilihat berkeliaran di laluan sekitar Kampung Orang Asli Tonggang hingga kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini sejak minggu lalu, berjaya ditangkap awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi, mengesahkan harimau jantan terbabit berjaya ditangkap dengan tembakan peluru pelali ketika menghampiri kawasan perangkap yang dipasang pihaknya.

Menurutnya, pihaknya menerima aduan mengenai kehadiran harimau belang dianggarkan berusia 4 tahun dengan berat 90 kilogram (kg) itu di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tanjung Damai sekitar jam 11.30 malam tadi.



“Sejurus laporan itu, lapan kakitangan PERHILITAN dihantar ke lokasi. Mereka cuba menghalau harimau berkenaan, tetapi gagal lalu keputusan diambil untuk menembaknya dengan pelali.

“Harimau itu kemudian berjaya ditangkap jam 4.30 pagi dan kita percaya ia harimau sama dalam video yang tular beberapa hari lalu dan yang diadukan penduduk sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan


Difahamkan, seekor kambing digunakan sebagai umpan bagi mengundang kehadiran harimau berkenaan ke arah kawasan perangkap yang dipasang, sebelum disusuli tembakan menggunakan pelali.



Menurut Yusoff, haiwan itu kemudian dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai untuk tindakan selanjutnya termasuk pemeriksaan kesihatan.

Beliau turut menafikan terdapat lima harimau dikesan berkeliaran di kawasan itu sebagaimana dakwaan yang tular di media sosial

“Setakat penelitian kamim ada seekor sahaja berkeliaran di sebelah Ulu Kinta, khususnya meliputi kawasan kem PGA, Kampung Orang Asli Tonggang, Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Tanjung Damai dan loji air di situ,” katanya.

PERHILITAN sebelum ini tidak menolak kehadiran harimau yang mungkin dari Hutan Simpan Bukit Kinta itu dipercayai akibat kekurangan sumber makanannya, iaitubabi hutan kerana serangan penyakit demam babi Afrika (ASF).



Peluru pelali tumbangkan ‘Pak Belang’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading