Indonesia kesan varian JN.1 Covid-19

Indonesia kesan varian JN.1 Covid-19

Indonesia kesan varian JN.1 Covid-19
Kakitangan kesihatan menyuntik vaksin Covid-19 di Jakarta, Indonesia. – FOTO AFP

Jakarta: Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan penemuan kes jangkitan Covid-19 varian JN.1 di Jakarta dan Batam, di wilayah Kepulauan Riau, lapor Antara.

Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Kementerian itu Maxi Rein Rondonuwu pada Selasa berkata masing-masing satu kes jangkitan varian JN.1 dikesan di Jakarta Selatan pada 11 November di Jakarta Timur pada 23 November dan di Batam pada 13 Disember.

JN.1 berkait rapat dengan varian BA.2.86 dan dijangka memberi kesan ke atas kesan dan corak penularan Covid-19.



Rondonuwu berkata berdasarkan laporan setakat 18 Disember 2023, dua kes kematian akibat Covid-19 direkodkan di Hospital Dr Mohammad Hoesin di Palembang dan Hospital Wilayah Tarakan, namun bukan disebabkan oleh varian JN.1.

“Seorang pesakit yang meninggal dunia, telah divaksin dua kali dan mempunyai komorbiditi manakala seorang lagi tidak mengambil vaksin dan mengalami jangkitan paru-paru,” katanya.

Laporan perkembangan penularan Covid-19 yang diterbitkan oleh kerajaan pada 18 Disember 2023, menunjukkan terdapat 2,243 kes baharu penularan Covid-19 dengan dua kematian di Indonesia.

Indonesia kesan varian JN.1 Covid-19

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading