Sudah Sampai Masanya Nama Agama Di Larang Pada Parti Politik

Sudah Sampai Masanya Nama Agama Di Larang Pada Parti Politik

Sudah Sampai Masanya Nama Agama Di Larang Pada Parti Politik

 

Pada masa ini, isu yang paling penting untuk pinda perlembagaan bukan soal hanya orang Melayu boleh jadi perdana menteri.

Tetaapi yang lebih utama ialah pindaan perlembagaan supaya agama tidak boleh diletak pada nama parti politik.



Ini amat penting bagi menjaga kesucian agama Islam.

Bayangkan bila pemimpin parti yang berjenama Islam ini mengamalkan rasuah, menyebarkan fitnah dan menormalisasikan menipu.

Tidakkah itu mencemarkan nama Islam?

Lebih parah, bila pemimpin parti yang bukan lulusan agama pun tiba-tiba dapat gelaran ustaz.



Boleh pula mengajar di pondok dan kemudian merebak ke surau dan masjid.

Itu semua bukan sahaja boleh merosakkan imej Islam bahkan boleh membawa kesesatan.

Tanpa ilmu yang cukup, memandai tafsir ayat al Quran dan hadits mengikut selera dan kepentingan sendiri.

Sebab itu sampai tahap kafir mengkafir dan tentukan syurga atau neraka bagi seseorang, sedangkan diri sendiri belum tentu ke syurga atau ke neraka.



Soal perdana menteri terdiri dari orang Melayu, itu berada di bawah payung YDP Agong.

Tidak ada ada apa yang perlu dirisaukan.

Tapi isu parti berjenama Islam yang menyesatkan ummah ini, titah YDP Agong dan Sultan pun mereka abaikan.

Sultan sudah bertitah jangan berpolitik dalam masjid dan surau, tapi mereka tidak peduli.



Sudah jelas arahan untuk dapatkan tauliah sebelum mengajar, tapi mereka ingkar.

Bila diambil tindakan, politikkan isu.

Langsung tidak hormatkan titah Sultan.

Jadi apa lagi yang boleh dibuat untuk menghalang mereka dari terus menyesatkan ummah?



Haramkan penggunaan nama Islam adalah satu-satunya jalan yang tinggal.

Sudah Sampai Masanya Nama Agama Di Larang Pada Parti Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button