Gencatan senjata di Gaza: Majlis Keselamatan PBB mengundi hari ini

Gencatan senjata di Gaza: Majlis Keselamatan PBB mengundi hari ini

Gencatan senjata di Gaza: Majlis Keselamatan PBB mengundi hari ini
PENDUDUK Palestin melakukan pencarian di satu kawasan di Rafah, selatan Gaza, yang menjadi sasaran serangan Israel. FOTO Reuters

New York: Undian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai resolusi untuk menyeru perang Israel-Hamas dihentikan sementara, ditangguhkan sekali lagi pada Rabu.

Ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB masih bertelagah, sementara jumlah kematian di Gaza terus meningkat.

Perbahasan di ibu pejabat PBB di Manhattan itu ketika keadaan yang semakin merosot di Gaza, dengan seorang pegawai kanan PBB berkata, langkah Israel untuk membenarkan bantuan adalah ‘jauh’ berbanding keperluan yang semakin meningkat.



“Majlis Keselamatan bersetuju untuk meneruskan rundingan hari ini (semalam) untuk memberi masa tambahan untuk diplomasi. Dan presiden akan menjadualkan semula penerimaan pada pagi Khamis (hari ini),” kata Jose Javier De La Gasca Lopez-Dominguez dari Ecuador, yang memegang jawatan presiden secara bergilir untuk majlis itu.

Anggota majlis itu sudah bergelut selama beberapa hari untuk mencari titik persamaan mengenai resolusi itu, undian yang ditolak beberapa kali sepanjang Selasa, selepas ditangguhkan pada Isnin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP




Israel, disokong oleh sekutunya Amerika Syarikat (AS) iaitu ahli tetap Majlis Keselamatan yang memegang kuasa veto, menentang penggunaan istilah ‘gencatan senjata’.

Kelewatan terbaru itu adalah atas permintaan AS, kata sumber diplomatik.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pada Rabu, tidak akan ada gencatan senjata di Gaza sehingga ‘penyingkiran’ Hamas.

Tetapi Rusia dan Liga Arab meningkatkan tekanan diplomatik ke atas Israel untuk menamatkan pertempuran, menggunakan Forum Kerjasama Rusia-Arab di Maghribi untuk menggesa gencatan senjata.



Richard Gowan, seorang penganalisis di International Crisis Group berkata, menjelang penangguhan terbaru bahawa ‘semua orang pada dasarnya terperangkap menunggu untuk melihat apa yang akan diputuskan oleh AS’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan


“Nampaknya diplomat AS pun tidak tahu bagaimana kisah ini akan berakhir,” tambahnya.



Utusan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) Lana Zaki Nusseibeh, negara penaja resolusi itu berkata, pihaknya adalah sebahagian daripada perbincangan peringkat tinggi yang berlaku antara ibu kota untuk mencuba dan mencapai teks yang sebenarnya boleh diterima pakai.

“Kami memerlukan hari ini sedikit ruang untuk diplomasi tambahan… dan kami akan optimistik cuba melakukannya. Ini akan pergi juga kepada undian,” katanya.

Pada 8 Disember lalu, walaupun menerima tekanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, AS menyekat penerimaan pakai resolusi yang menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.

Resolusi itu menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan segera’ di Semenanjung Gaza, di mana Israel meneruskan serangan mautnya sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada 7 Oktober.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Mahkamah Persekutuan Mansuhkan Seksyen 498 KK (Mengganggu Isteri Orang)


Minggu lalu, Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi tidak mengikat yang sama dengan 153 undi berbanding 10, dengan 23 berkecuali, daripada 193 negara anggota.

Didorong oleh sokongan padu itu, negara-negara Arab mengumumkan percubaan baharu di Majlis Keselamatan PBB.



Draf teks yang disediakan oleh UAE yang diperoleh AFP pada Ahad, menggesa pemberhentian segera dan berkekalan bagi permusuhan antara Israel dengan Hamas untuk membolehkan akses tanpa halangan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza

Versi terakhir yang dilihat oleh AFP, bagaimanapun, adalah teks yang diubah suai.

Pegawai PBB Tor Wennesland berkata pada Selasa bahawa langkah ‘terhad’ Israel untuk membenarkan bantuan ke Gaza adalah positif, tetapi jauh daripada apa yang diperlukan untuk menangani malapetaka manusia di lapangan.

Kerajaan Hamas Gaza berkata, angka kematian di wilayah Palestin mencecah 20,000 sejak serangan Israel pada 7 Oktober.

Gencatan senjata di Gaza: Majlis Keselamatan PBB mengundi hari ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button