Bila Syeikh Parpukari Keluar Fatwa

Bila Syeikh Parpu Kari Keluar Fatwa

Bila Syeikh Parpukari Keluar Fatwa

Parpukari aka Salim Iskandar aka Sarbu Singh memang sangat dikenali sebagai blogger totok kepada Dr Mahathir.

Penulis akui dalam penulisan laman blog, Parpukari termasuk dalam golongan blogger otai.

Sebagai penyokong tegar Dr Mahathir, berikan apa juga hujah kepada Parpukari, namun sedikit pun tidak akan mengubah pendirian beliau.



Pernah juga sampai ke pengetahuan penulis, selain dari bekerja untuk Dr Mahathir, Parpukari juga adalah blogger upahan kem yang menjadi musuh Dr Mahathir.

Dalam artikata lain, Parpukari dikatakan bermain sekurang-kurangnya di 2 kolam.

Namun setakat mana dakwaan tersebut benar, penulis rasa tidak ada keperluan untuk menyemaknya.

Jadi penulis mengambil pendirian, mungkin maklumat itu betul dan ada juga kemungkinan maklumat itu tidak betul.



Tetapi video klip yang beliau siarkan baru-baru ini membuatkan penulis terpanggil untuk mengulasnya.

Dalam video berdurasi 1:16 saat, Parpukari mendakwa Dr Mahathir sebagai wali Allah SWT.

Penulis tidak pasti semasa beliau membuat kenyataan tersebut, beliau sudah makan ubat atau mungkin sudah salah makan ubat.

Hujah yang Parpukari gunakan untuk mendakwa Dr Mahathir wali Allah SWT adalah setiap kali negara mempunyai masalah, maka Dr Mahathir akan hadir untuk menyelesaikannya.



Yang menjadi persoalan, setiap kali negara mempunyai masalah, apakah Dr Mahathir dihantar atau beliau yang menyibukkan diri?

Para aulia dikenali dengan ketaqwaan mereka kepada Allah SWT dan bukannya kejayaan menyelesaikan masalah negara.

Lagi pun berapa banyak masalah negara yang Dr Mahathir sudah berjaya selesaikan?

Tidak pasti apa ciri utama Parpukari jadikan sebagai penanda aras untuk menobatkan Dr Mahathir sebagai wali Allah SWT.



Mungkin isteri Dr Mahathir ada jawapannya.

Kalau ya pun berada dalam payroll Dr Mahathir, janganlah sampai begitu.

Lainlah kalau bukan Islam yang tidak kenal Allah SWT.

Bila Syeikh Parpukari Keluar Fatwa

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button