Lari 242 maraton setahun
Lari 242 maraton setahun

Toronto: Seorang lelaki Kanada mungkin sudah memecah rekod dunia selepas berlari dalam 242 maraton sepanjang tahun lalu.
Ben Pobjoy yang menggelar projek itu sebagai Cabaran Maraton Dunia, mengembara di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika dan Asia untuk berlari sejauh 42.16 kilometer (26.2 batu) di setiap lokasi.
Dia mengakhiri 2023 dengan rekod 242 maraton solo, cubaan untuk memecah rekod Guinness World Record (GWR) bagi individu paling banyak menjayakan maraton.
Rekod itu ketika ini dipegang lelaki Amerika Syarikat (AS), Larry Macon yang berlari untuk 239 maraton pada 2012.
Pobjoy berkata, dia sudah mengemukakan bukti lariannya kepada GWR untuk penilaian.
Menurutnya, memecahkan rekod dunia bukanlah seperti berjalan di taman.
“Tahun lalu sangat membebankan mental dan fizikal, tetapi ia sesuatu yang luar biasa dalam mencapai misi penting. Saya bertemu orang yang luar biasa di sepanjang larian,” katanya.
Dia juga berhenti kerja sebagai pengarah kreatif sebuah syarikat pengiklanan pada Ogos 2022 untuk menjayakan cabaran itu dan membelanjakan AS$38,000 (kira-kira RM176,000).
Lari 242 maraton setahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?
- UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’
- Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :