Rusia rancang hasilkan 32,000 dron setiap tahun

Rusia rancang hasilkan 32,000 dron setiap tahun

Rusia rancang hasilkan 32,000 dron setiap tahun
KESAN kemusnahan pada bangunan di Dnipro, Ukraine, susulan serangan Rusia. FOTO Reuters

Moscow: Rusia merancang untuk menghasilkan lebih 32,000 dron setiap tahun menjelang 2030, dengan pengeluar tempatan menyumbang sebanyak 70 peratus dalam pasaran, kata Timbalan Perdana Menteri Pertama Russia, Andrei Belousov, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Tass, Sabtu lalu.

Dron digunakan secara meluas oleh Moscow dan Kyiv sejak pencerobohan Ukraine oleh Rusia pada Februari 2022.

Kedua-dua pihak dalam konflik itu meningkatkan pengeluaran ketenteraan secara agresif.



“Jumlah pengeluaran tahunan pesawat tanpa pemandu (UAV) tidak termasuk UAV pendidikan, dijadualkan sebanyak 32,500 unit.

“Ini hampir tiga kali ganda daripada jumlah pengeluaran semasa. Pada masa yang sama, dijadualkan bahawa bahagian UAV Rusia akan membentuk 70 peratus daripada pasaran dalam jenis UAV ini,” kata Belousov kepada Tass.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Di Pinggirkan Dalam Langkah Dubai




Moscow menggunakan dron Shahed yang dihasilkan dengan kos rendah dari Iran, yang dikenali di Ukraine kerana enjin petrol yang bising, lebih kerap digunakan dalam serangan udara terhadap infrastruktur Ukraine, jauh di belakang garis hadapan perang di timur dan selatan negara itu.

Rusia akan membiayai projek nasional UAV dengan AS$10 bilion (kira-kira RM46.5 bilion) menjelang tahun 2030, kata Belousov,

Pada 2023, Presiden Vladimir Putin menyatakan bahawa UAV boleh digunakan di hampir semua industri, bukan hanya dalam bidang ketenteraan.

Dron Rusia ‘membingungkan’ pertahanan udara Ukraine kerana lebih sukar dikesan berbanding dengan peluru berpandu.



Selain itu, menembak jatuh dron yang dibuat dengan kos rendah dengan menggunakan peluru berpandu udara yang mahal bukanlah strategi paling kos efektif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib


Sementara itu, Ukraine menggunakan dron pandangan orang pertama (FPV) secara intensif – dron kecil yang pada asalnya dimaksudkan untuk kegunaan peribadi tetapi dimodifikasi untuk medan peperangan, sebagai pilihan yang murah tetapi berkesan untuk pengintaian dan serangan, taktik yang kini ditiru Rusia.



Ukraine mengumumkan pada Disember bahawa mereka merancang untuk menghasilkan lebih 11,000 dron serangan jarak sederhana dan panjang pada 2024, serta satu juta dron FPV, yang banyak diminta di garis hadapan medan perang.

Rusia rancang hasilkan 32,000 dron setiap tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button