Budak maut tertusuk besi ampaian: Keluarga masih trauma

Budak maut tertusuk besi ampaian: Keluarga masih trauma

Budak maut tertusuk besi ampaian: Keluarga masih trauma

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan keluarga kanak-kanak perempuan lima tahun yang meninggal dunia akibat tertusuk besi ampaian pada leher di kediamannya di sebuah apartmen dekat Batu Caves, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata prosedur itu akan dilakukan dalam masa terdekat termasuk merakam percakapan abang mangsa yang berusia 10 tahun.



Menurut beliau, pihak polis masih menunggu masa yang bersesuaian kerana pada masa ini keluarga mangsa masih dalam keadaan trauma akibat kejadian itu.

“Seluruh keluarga (mangsa) masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan kejadian yang berlaku.

“Oleh itu, pihak polis mengambil masa untuk merakam percakapan termasuk keterangan abang mangsa yang berada di dalam bilik bersama mangsa semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Jelas beliau, proses merakam keterangan kanak-kanak (abang mangsa) memerlukan satu prosedur yang berlainan daripada orang dewasa.



Dalam pada itu, katanya siasatan berkait kes itu semakin hampir untuk dilengkapkan dan kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Terdahulu, BH hari melaporkan seorang budak perempuan meninggal dunia selepas dipercayai tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartmen dekat Batu Caves, Sabtu lalu.

Mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

Kejadian 2.30 petang disedari ibu mangsa berusia 40 tahun selepas dimaklumkan oleh seorang anaknya yang melihat mangsa terbaring berlumuran darah.



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan, berkata siasatan mendapati mangsa bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah.

Katanya, semasa bermain, mangsa tertusuk besi ampaian di bahagian leher.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Budak maut tertusuk besi ampaian: Keluarga masih trauma

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading