Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai
Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai
Menurut Pengarah Pilihanraya PAS, Sanusi Md Nor, pertemuan di Dubai sebenarnya bukanlah kemuncak kepada Langkah Dubai.
Pertemuan tersebut hanyalah perjumpaan beberapa pemimpin politik untuk tujuan perbincangan.
Ramai yang menyangka, kenyataan Sanusi itu hanyalah satu kenyataan yang tiada kredibiliti dan sekadar menutup kegagalan Langkah Dubai.
Tetapi sebenarnya, ada maksud yang tersirat dari apa yang disuratkan oleh Sanusi.
Penulis difahamkan, Langkah Dubai sengaja digembar-gemburkan untuk memberi gambaran kononnya ia telah gagal sebelum dapat dilaksanakan.
Cerita kegagalan Langkah Dubai adalah bertujuan untuk mengalih perhatian supaya langkah yang sebenarnya dapat ditutup.
Benar, berlakunya perbincangan beberapa orang pemimpin politik di Langkah Dubai.
Tetapi persoalan yang mesti diperhatikan ialah, mengapa ianya tidak disertai oleh pemimpin-pemimpin kanan parti politik yang terlibat?
Tidak ada kelibat Dr Mahathir, tidak ada kelibat Daim Zainuddin, Hadi Awang, Muhyiddin Yasin dan beberapa pemimpin kanan parti politik yang terlibat.
Membawa Masuk Penggerak Utama Langkah Dubai
Tidak kira apa langkah sekali pun, penggerak utama untuk menjayakannya adalah duit melalui scheme of things.
Jumlah duit yang diperlukan bukan sedikit dan masalahnya adalah ianya berada di luar negara.
Persoalannya, bagaimana untuk membawa duit tersebut supaya Langkah Dubai boleh direalisasikan?
Adalah sangat mustahil untuk membawa masuk melalui ‘wire transfer’.
Ianya bukan sahaja menarik perhatian Bank Negara Malaysia, malah akan menarik perhatian SPRM.
Lebih-lebih lagi siasatan terhadap Pandora Papers sedang giat dilakukan oleh SPRM.
Kita diberikan khabar gembira mengenai prestasi Bursa Malaysia yang kini sudah kembali mencecah ke paras 1,500 mata.
Tetapi adakah lonjakan prestasi Bursa Malaysia itu adalah organik atau ianya dirangsang oleh sesuatu yang dirancang?
Tidak mustahil sekiranya pembelian saham syarikat tempatan oleh syarikat asing adalah sebenarnya bertujuan untuk mencuci wang ada di luar negara.
Bukan tujuan penulis untuk menimbulkan satu spekulasi baharu.
Tetapi jangan terkejut sekiranya Langkah Dubai yang sudah dianggap gagal akhirnya berjaya selepas duit dapat dibawa masuk melalui Langkah Merbok.
Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai
Di Syorkan Untuk Anda:
- CEO KFA Berak, Tangan Sanusi Pula Yang Berbau Taik, Dah Kenapa?
- Kronologi Kecanduan PN Terhadap Kerajaan Tebuk Atap
- Kartel Impot Warga Asing Di Dedahkan
- Ketukan Misteri Tengah Malam Muncul Kembali