Terowong rahsia ditemui di rumah ibadat Yahudi

Terowong rahsia ditemui di rumah ibadat Yahudi

Terowong rahsia ditemui di rumah ibadat Yahudi
Keadaan di dalam rumah ibadat di mana terowong rahsia ditemui. – FOTO Agensi

Washington: Lebih 10 penganut Yahudi mahzab Hasidik telah ditahan selepas terlibat dalam pertempuran dengan polis di sebuah ‘synagogue’ (rumah ibadat Yahudi) bersejarah di New York, lapor Agensi Berita Anadolu pada Selasa.

Jabatan Polis Bandaraya New York (NYPD) menemui terowong yang dibina secara haram di bawah Ibu Pejabat Dunia Chabad-Lubavitch di 770 Eastern Parkway di Crown Heights, Brooklyn.

NYPD telah melancarkan siasatan. Bagaimanapun, motif penggalian terowong di bawah rumah ibadat Yahudi itu masih tidak jelas.



Sementara itu, video yang tular di platform media sosial X menunjukkan ahli ‘synagogue’ keluar dari terowong dengan pergelutan berlaku ketika mereka mengelak daripada ditahan polis.

Jurucakap Chabad Lubavitch menerusi hantaran di X berkata sekumpulan pelajar pelampau pernah memecah beberapa dinding di hartanah bersebelahan ‘synagogue’ untuk memberi mereka laluan ke rumah ibadat itu walaupun tidak dibenarkan.

 

Terowong rahsia ditemui di rumah ibadat Yahudi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading