ZARA Zya Gugup atas pentas

ZARA Zya Gugup atas pentas

Gugup atas pentas
ZARA Zya beranikan diri tampil duet bersama Datuk Seri Alha Alfa nyanyikan Cinta Agung. – FOTO Sadiq Sani

“Sejujurnya, saya bukanlah berani sangat untuk tampil berdiri di atas pentas untuk membuat persembahan,”kata pelakon kecil molek, Zara Zya yang bukan sahaja dikenali sebagai pelakon, tetapi juga memiliki daya tarik dari sudut vokal.

Kemampuannya melantunkan vokal membentuk lagu yang diiringi melodi bukanlah sesuatu yang dapat dinafikan.

Bahkan, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini juga pernah hadir dengan single sulung berjudul Tiada Dendam, lapan tahun lalu.



Berkesempatan bertemu dan mewawancara pelakon dan penyanyi ini, Zara berkongsi kisah perjalanan seninya yang kini, ditambah dengan satu lagi karya duet berjudul Cinta Agung.

“Cinta Agung adalah satu karya duet antara saya dengan Datuk Seri Alha Alfa. Mungkin ramai sedia maklum, kami sudah mengenali satu sama lain sejak bertahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Shafee ingatkan media jangan melangkaui Perlembagaan




“Sejujurnya, saya takut untuk tampil di pentas. Namun, mujurlah lagu Cinta Aku ciptaan Yuka Kharisma ini, adalah lagu duet. Jadi, rasa gugup itu tidaklah terlalu ketara,” katanya.

Berkongsi mengenali hubungan erat antara dia dan usahawan kosmetik itu, Zara berkata, lagu Cinta Agung juga adalah satu hadiah penghargaan untuk keakraban mereka.

“Dahulu, ketika kami masih banyak masa terluang, kami akan habiskan banyak masa bersama untuk berkaraoke.

“Jadi, boleh saya katakan bahawa Cinta Agung adalah hadiah daripada Alha atas persahabatan kami dan ingin kami kongsikan dengan peminat,” katanya.



Ditanya sama ada muzik akan menjadi cabang serius buatnya selepas ini, Zara masih memegang prinsip cinta utamanya kepada dunia lakonan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai

ZARA Zya Gugup atas pentas
ZARA Zya kini hadir dengan single duet, Cinta Agung bersama Datuk Seri Alha Alfa. – FOTO Sadiq Sani

ZARA Zya Gugup atas pentas



PERNAH tampil menerusi single sulung Tiada Dendam, lapan tahun lalu. – FOTO Sadiq Sani”Kehadiran lagu ini bukanlah sebagai petanda saya ingin menjadi penyanyi atau apa. Saya pun bukanlah nak naik ke pentas dan adakan persembahan ke sana sini.

“Nak masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) atau bertanding di mana-mana pentas pun, tidak. Forte saya masih lagi dalam dunia lakonan.

“Lagu Cinta Agung ini pun bukanlah satu karya yang memerlukan kemahiran vokal yang luar biasa seperti penyanyi profesional,” katanya.

Secara tidak langsung, kehadiran Cinta Agung juga umpama merealisasikan hasrat peminat-peminat setianya yang dahagakan karya muzik darinya.



“Peminat saya pun, ramai yang bertanya, bila saya nak keluarkan single baharu lagi. Jadi, ini adalah buah tangan buat mereka.

“Ini juga salah satu cara untuk saya mendekatkan diri dengan peminat-peminat saya memandangkan mereka juga sudah mengulang tonton drama-drama lakonan saya.

“Sejujurnya, apabila Alha meluahkan hasrat untuk berduet dengan saya, saya rasa sangat terhadap dan berharap agar penerimaan terhadap lagu ini, menggalakkan,” katanya.

Terbaharu, Zara juga sudah merakamkan satu lagi lagu ciptaan Wanns Ahmad dan menunggu masa yang sesuai untuk dikeluarkan.



 

ZARA Zya Gugup atas pentas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading