Kes kebakaran rumah Koo Ham: Lelaki ditahan negatif dadah

Kes kebakaran rumah Koo Ham: Lelaki ditahan negatif dadah

Kes kebakaran rumah Koo Ham: Lelaki ditahan negatif dadah
Unit Anjing Pengesan K9 JBPM membantu operasi forensik dalam siasatan kes kebakaran kediaman milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, pada 10 Januari lalu. NSTP/Ihsan Bomba.

IPOH: Lelaki yang ditahan kerana disyaki menyebabkan kebakaran di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, disahkan negatif dadah.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama, berkata keputusan itu diperoleh hasil saringan air kencing terhadap lelaki berkenaan yang ditahan pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat, Mohd Yusri dalam kenyataan berkata lelaki itu ditahan di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 4 pagi dan direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.



Beliau berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Semalam, Mohd Yusri turut mengesahkan lelaki berusia 30an itu bukan ahli mana-mana parti politik dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lalu, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. — BERNAMA

Kes kebakaran rumah Koo Ham: Lelaki ditahan negatif dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button