Lelaki terselamat kereta dipandu terjatuh dari tingkat tiga

Lelaki terselamat kereta dipandu terjatuh dari tingkat tiga

Lelaki terselamat kereta dipandu terjatuh dari tingkat tiga
Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan dipandunya terjatuh dari tempat letak kenderaan di tingkat tiga sebuah menara pejabat di Setia Alam, semalam. NSTP/Ihsan JBPM Selangor

SHAH ALAM: Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan yang dipandunya terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta sebuah menara pejabat di Setia Alam, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata terdahulu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima satu laporan berkenaan kemalangan itu, pada jam 1.06 pagi.

@bharianmy



Lelaki terselamat kereta dipandu terjatuh dari tingkat tiga #BeritaDiTikTok

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta BMW yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kereta Perodua Myvi dan Proton Persona yang sedang diparkir di tingkat tiga menara berkenaan.

“Kenderaan mangsa kemudian melanggar tembok batu kawasan parkir sebelum terjatuh. Akibat perlanggaran ini, pemandu mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.



Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali


“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT IPD Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697,” katanya.



Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata sepasukan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 11.30 malam.

“Sebaik sampai di lokasi, didapati sebuah kereta dipandu seorang lelaki terjatuh dari kawasan letak kenderaan di menara pejabat itu.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya.

Lelaki terselamat kereta dipandu terjatuh dari tingkat tiga


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button