Piala Asia: Harimau Malaya tidak sabar uji Stadium Al Janoub

Piala Asia: Harimau Malaya tidak sabar uji Stadium Al Janoub

Piala Asia: Harimau Malaya tidak sabar uji Stadium Al Janoub
Faisal Halim (paling kanan) bersama rakan sepasukan Harimau Malaya melawat venue bertaraf dunia, Stadium Al Janoub semalam. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Pemain skuad Harimau Malaya tidak sabar untuk menguji Stadium Al Janoub menjelang aksi pertama Kumpulan E menentang Jordan pada kempen Piala Asia 2023 awal pagi esok.

Pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim mengakui perlawanan pertama nanti adalah peluang terbaik buat pasukan untuk membuktikan keupayaan bersaing di pentas Asia.

“Hari ini (semalam) kita diberi peluang melawat stadium dan suasananya cukup menarik dengan keadaan padang yang terbaik.



“Sebagai pemain sudah tentu kami teruja dan ini adalah peluang pasukan untuk buktikan kita mampu bersaing. Tidak perlu lagi beri alasan tentang keadaan padang dan buat yang terbaik,” katanya ketika melawat venue pertandingan.

Selepas perlawanan malam ini, skuad kebangsaan akan menentang Bahrain pada 20 Januari dan aksi terakhir bertemu pasukan pilihan, Korea Selatan (25 Januari). – KOSMO! ONLINE

Piala Asia: Harimau Malaya tidak sabar uji Stadium Al Janoub



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button