Piala Asia: Indonesia akur bermula langkah kiri

Piala Asia: Indonesia akur bermula langkah kiri

Piala Asia: Indonesia akur bermula langkah kiri
PERTAHANAN Indonesia, Jordi Amat (kanan) cuba menyekat pergerakan penjaring gol pertama Iraq, Mohanad Ali Kadhim (kiri) pada aksi Kumpulan D Piala Asia di Stadium Ahmad Bin Ali, sebentar tadi. – AFC

KUALA LUMPUR – Hasrat Indonesia cipta kejutan pada aksi pertama Kumpulan D Piala Asia tidak tercapai apabila tunduk 1-3 kepada Iraq di Stadium Ahmad Bin Ali, sebentar tadi.

Iraq yang juga juara 2007 seakan terlalu sukar untuk digugat dan wakil Asia Tengah itu jelas lebih berpengalaman untuk memastikan permulaan positif pada penyertaan kali ini.

Selang 20 minit selepas itu, kedudukan kembali seimbang apabila Marselino Ferdinan tenang melakukan sentuhan akhir untuk menyempurnakan umpanan Yakob Sayuri dan jaringan itu menyaksikan Indonesia makin selesa setiap kali memperoleh peluang untuk mengatur serangan.



Bagaimanapun, ketika aksi hampir berakhir 1-1, Osama Rashid mengesahkan babak pertama menjadi milik Iraq apabila meledak gol kedua pada masa kecederaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Takiyuddin Dedahkan Sikap Sebenar Pemimpin PAS


Lima minit selepas akhir bersambung, gawang Indonesia bocor buat kali ketiga namun bernasib baik apabila jaringan Amir Al-Ammari dibatalkan kerana dikesan offside.



Permainan Indonesia di babak kedua bertambah baik apabila dilihat mampu memberikan tekanan kepada pertahanan lawan namun kualiti penyudah sekali lagi berpihak kepada Iraq yang memperoleh gol ketiga menerusi Aymen Hussein pada minit ke-75.

Jumaat ini Indonesia akan bertemu jaguh Asia Tenggara, Vietnam manakala Iraq akan menentang Jepun. – KOSMO! ONLINE

Piala Asia: Indonesia akur bermula langkah kiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button