Yusof Haslam baru tahu Syamsul, Puteri Sarah cerai

Masih letak harapan bersatu semula

Yusof Haslam baru tahu Syamsul, Puteri Sarah cerai

Yusof Haslam baru tahu Syamsul, Puteri Sarah cerai
Yusof terima baik keputusan Syamsul dan Puteri Sarah untuk bercerai.

PENERBIT Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur apabila mengetahui kemelut rumah tangga membabitkan anaknya iaitu Syamsul dan aktres Puteri Sarah Liyana berakhir secara baik pada Rabu.

Kata Yusof, 69, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka sekaligus berharap penceraian itu dapat menutup kata-kata tidak baik terhadap kisah mereka sebelum ini.

“Ini perceraian secara baik. Mereka buat demi anak-anak. Jika dilakukan secara baik apa yang diharapkan ia tidak menyakiti hati sesiapa.



Yusof Haslam baru tahu Syamsul, Puteri Sarah cerai
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan cerai talak satu.

 

 

“Saya pun bosan orang asyik bertanya. Kisah mereka sebelum ini buat ramai orang resah dan wujud persepsi tidak baik, jadi sekarang masing-masing boleh bawa haluan masing-masing dan lupakan apa yang berlaku,” katanya ketika dihubugi mStar.

Terdahulu, Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah Liyana bertalak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.


Lafaz cerai dilakukan Syamsul di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

Keputusan berpisah ini dibuat dengan kata sepakat selepas kedua-dua mereka berjumpa sehari sebelum perbicaraan.



Yusof bagaimanapun tidak mengetahui proses perceraian hari ini dan dia juga memberitahu masih belum berhubung dengan anaknya itu.

“Saya sibuk hari ini (Rabu). Tidak tahu mereka sudah berpisah. Saya terima keputusan tersebut walau hati ini agak sedih sebab kalau boleh tidak mahu perceraian.

“Saya pun sudah lama tidak berhubung dengan Syamsul,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




Saya dan isteri masih anggap Puteri Sarah sebagai menantu. Tiada sebab untuk kami ketepikan dia

DATUK YUSOF HASLAM

PENERBIT

Tambah Yusof dia akan sentiasa menjaga hubungan baik dengan Puteri Sarah kerana pelakon itu adalah ibu kepada dua orang cucunya.

Dia juga masih berharap jika Syamsul dan Puteri Sarah dapat berbaik semula sebagai pasangan suami isteri.

“Mereka bercerai talak satu, kalau ada jodoh boleh berbaik semula. Sekarang ini saya harapkan mereka dapat jalankan tanggungjawab dengan baik terhadap anak-anak.



 

Yusof Haslam baru tahu Syamsul, Puteri Sarah cerai
Yusof masih berharap hubungan Syamsul dan Puteri Sarah kembali berbaik.

“Saya dan isteri masih anggap Puteri Sarah sebagai menantu. Tiada sebab untuk kami ketepikan dia,” jelasnya.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah, 38, bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Yusof Haslam baru tahu Syamsul, Puteri Sarah cerai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading