Guterres gesa gencatan senjata di Gaza

Guterres gesa gencatan senjata di Gaza

Guterres gesa gencatan senjata di Gaza
FOTO menunjukkan asap tebal di langit Khan Yunis, selatan Gaza, susulan pengeboman Israel. FOTO AFP

New York: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Semenanjung Gaza, ketika perang antara Israel dan Hamas melepasi 100 hari.

Beliau berkata, gencatan senjata kemanusiaan segera adalah perlu untuk memastikan bantuan yang mencukupi sampai ke tempat yang diperlukan.

“(Gencatan senjata kemanusiaan itu juga) untuk memudahkan pembebasan tebusan. (Ia) untuk meredakan peperangan yang lebih luas kerana semakin lama konflik di Gaza berterusan, semakin besar risiko peningkatan dan salah perhitungan,” katanya pada taklimat akhbar di sini.



Serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober lalu mengakibatkan kira-kira 1,140 kematian, kebanyakannya adalah orang awam, menurut pengiraan AFP.

Pejuang Hamas juga menawan kira-kira 250 tebusan dengan 132 daripadanya masih ada di Gaza. Jumlah tebusan itu termasuk sekurang-kurangnya 25 orang yang dipercayai terbunuh.

Menurut Kementerian Kesihatan Hamas, Israel melancarkan kempen ketenteraan tanpa henti yang membunuh sekurang-kurangnya 24,100 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Akibatnya, mereka terpaksa bersesak-sesak ke tempat perlindungan dan bergelut untuk mendapatkan makanan, air, bahan api dan rawatan perubatan.



Guterres turut mengecam situasi kemanusiaan di Gaza.

Pemimpin PBB itu juga memberi amaran mengenai apa yang dikatakannya meningkatkan ‘limpahan’ konflik, termasuk merentasi sempadan Lubnan-Israel.

“Ini berisiko mencetuskan peningkatan yang lebih meluas… dan menjejaskan kestabilan serantau secara mendalam,” katanya.

Guterres gesa gencatan senjata di Gaza

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Baliklah Abah, Mahkamah Tunggu…


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading