Ketua Pemuda PAS sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu

 

Oleh Pena Merah

Ketua Pemuda PAS sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDIN

Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dilantik sebagai Ketua Pemuda baharu Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Ahmad Fadhli Shaari.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Ahli Parlimen Alor Setar itu dilantik ke jawatan tersebut menerusi persetujuan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN, semalam.



“PN mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Fadhli atas sumbangan serta jasa bakti yang dicurahkan sepanjang memikul amanah sebagai Ketua Pemuda PN dari 26 Januari 2022 sehingga 19 Januari 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hamzah, beberapa perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata beliau, antaranya adalah situasi terkini berhubung beban sara hidup yang semakin mendesak termasuk isu kenaikan tarif air dan sebulat suara mendesak kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada isu ekonomi dengan menyelesaikan masalah rakyat.

“Pada masa yang sama, PNN komited meneruskan agenda pemerkasaan parti dan akan menganjurkan Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional dan Pemukiman Pemerkasaan Perikatan Nasional dalam masa terdekat,” katanya.



-Utusan-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading