Laporan portal bagi timbulkan prasangka

Oleh – Syeikh Baran


Laporan portal bagi timbulkan prasangka

Isteri Tun Daim Zainuddin mendakwa laporan yang diterbitkan oleh sebuah portal berita semalam tidak mempunyai tujuan lain selain menimbulkan syak wasangka dan andaian terhadap keluarga mereka.



Ujar Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, tindakan menerbitkan berita berkenaan tanpa bukti kukuh adalah salah, tidak beretika dan merupakan satu pembunuhan watak (character assassination).

“Saya merujuk kepada sebuah laporan diterbitkan semalam oleh sebuah portal dalam talian di mana “dokumen bocor” dipetik kononnya membutirkan simpanan luar pesisir bernilai ratusan juta yang dimiliki keluarga kami.

“Laporan dengan nada sensasi ini bertujuan memberikan tanggapan salah laku atau pemilikan harta yang diperoleh secara haram.

“Kami tidak pernah merahsiakan fakta bahawa kami memiliki aset di luar negara yang merupakan hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan yang sah sebelum penglibatan Daim dalam arena politik pada 1984,”ujar Na’imah dalam satu kenyataan media hari ini.



Selain itu, Na’imah turut mempersoalkan tindakan laporan itu diterbitkan sedangkan tiada sebarang elemen jenayah disebut di dalam berita itu.

“Dalam melaporkan sesuatu berita, mencemarkan nama baik seseorang dengan cara memuatkan tuduhan tersirat dan tanggapan tanpa disertakan bukti kukuh adalah salah dan tidak beretika. Malah, ia menjurus kepada pembunuhan watak (character assassination) dengan bertopengkan laporan berita.

“Tanpa sebarang salah laku, apakah wajar untuk membincangkan kewangan persendirian seseorang, sama ada butiran tersebut betul atau tidak, dengan cara cubaan menuduh konon wujudnya salah laku serius?,”ujarnya.

Pada 30 Disember 2023, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa agensi telah membuka siasatan terdapat Daim berdasarkan Kertas Pandora.



Kertas Pandora merupakan himpunan 11.9 juta dokumen yang dikumpul oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (International Consortium of Investigative Journalists, ICIJ) yang mengandungi maklumat perbankan, cukai dan maklumat hartanah membabitkan pemimpin-pemimpin dunia, jutawan, ahli perniagaan dan selebriti.

Pada 11 Januari lalu, Daim dan keluarganya memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan SPRM menyiasat dan membekukan semua aset mereka.

Selain memohon agar semua aset mereka dipulangkan, akaun-akaun bank dinyahbeku, Daim dan keluarganya turut menuntut deklarasi bahawa bahawa SPRM dan pegawainya tidak mempunyai sebab munasabah untuk menyiasat kesemua pemohon mengikut Akta SPRM atau Akta Pengubahan Wang Haram.

Sumber – UTUSAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading