Rugi RM570,174 diperdaya ‘scammer’ menyamar adik

Oleh – Syeikh Baran


Rugi RM570,174 diperdaya 'scammer' menyamar adik
Seorang pengurus sebuah syarikat berputih mata apabila kerugian RM570,174 selepas diperdaya ‘scammer’ yang menyamar sebagai adik lelakinya. (Gambar kecil: Rahmat) Gambar hiasan

Seorang pengurus sebuah syarikat berputih mata apabila kerugian RM570,174 selepas diperdaya ‘scammer’ yang menyamar sebagai adik lelakinya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, mangsa yang merupakan wanita berusia 31 tahun hanya menyedari diperdaya selepas memaklumkan kepada adiknya, 29, berkenaan transaksi yang telah dibuat namun dinafikan.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Iskandar Puteri pada jam 4.20 petang semalam (Jumaat) selepas menyedari tertipu.

Beliau berkata, nombor telefon berkenaan bukan milik adik mangsa tetapi meminta wanita berkenaan membuat pindahan wang sebanyak RM570,174 bagi tujuan urusan perniagaan.

Mangsa katanya, tanpa ragu telah membuat pindahan wang ke akaun yang diberikan suspek yang menyamar sebagai adik mangsa dengan satu transaksi pemindahan.



Menurut Rahmat, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

“Pihak polis menasihati orang awam supaya tidak mudah mempercayai pesanan ringkas atau panggilan telefon yang dibuat oleh nombor tidak dikenali, semak terlebih dahulu sebelum bertindak,” katanya.

Sumber – Sinar Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading