Remaja jual rumah pusaka separuh harga demi motosikal

Remaja jual rumah pusaka separuh harga demi motosikal

Remaja jual rumah pusaka separuh harga demi motosikal
FOTO HIASAN

Beijing: Impian remaja lelaki memiliki sebuah motosikal idaman, tidak kesampaian apabila keluarganya mengambil tindakan undang-undang atas dakwaan menjual harta pusaka bernilai 1 juta yuan (kira-kira RM640,238).

Mahkamah di wilayah Henan, meneliti perjanjian antara remaja berusia 18 tahun itu, Xiaohua dan dua ejen hartanah, Xiaowu dan Xiaoyang, sebelum perjanjian jual beli itu dibatalkan kerana tidak adil, lapor Dacankao.

Xiaohua memutuskan untuk menjual harta yang diwarisi daripada datuknya itu selepas ibu bapanya enggan membelikannya sebuah motosikal.



Tanpa pengetahuan ibu bapanya, dia berhubung dengan ejen bernama Xiaowu.

Remaja itu bersetuju untuk menjual hartanah itu kepada Xiaowu pada separuh nilai pasarannya, 520,000 yuan (kira-kira RM332,923).

Apabila ibu Xiaohua mengetahui urus niaga itu, dia curiga dengan dua ejen itu dan mengesyaki mereka menipu remaja itu.

Hakim, He Meng, berkata, Xiaohua harus bertanggungjawab atas keputusan tidak matangnya itu, namun ibunya mendakwa urus niaga itu tidak adil.



Penelitian mahkamah mendapati urus niaga itu berlaku secara sah, namun akhirnya memikirkan usia remaja itu masih mentah dan mudah dimanipulasi pihak lain, mahkamah membatalkan perjanjian itu.

“Xiaowu mengambil kesempatan daripada Xiaohua,” katanya.

Mahkamah memutuskan, pemilikan harta diberikan semula kepada Xiaohua.

Remaja jual rumah pusaka separuh harga demi motosikal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading