Pekerja syarikat kerajaan disyaki pengganas

Pekerja syarikat kerajaan disyaki pengganas

Pekerja syarikat kerajaan disyaki pengganas
ANTARA barangan yang dirampas daripada suspek. FOTO Agensi

Jakarta: Skuad antikeganasan Polis Indonesia, Densus 88 berjaya menahan seorang lelaki disyaki pengganas di bandar Bekasi, Jawa Barat, semalam.

Lelaki itu ditahan di Bulak Sentul, Harapan Jaya, Bekasi Utara, pada 12.17 tengah hari (waktu tempatan).

Jurucakap Polis Jeneral Ahmad Ramadhan mengesahkan, suspek dipercayai penyokong rangkaian militan Daesh dan didakwa menyebarkan propaganda keganasan di media sosial secara aktif.



Katanya, suspek ialah seorang pekerja di sebuah syarikat milik kerajaan.

“Suspek dilaporkan menyiarkan poster digital yang mengandungi teks sumpah laknat dalam Bahasa Arab dan Bahasa Indonesia kepada pemimpin, Abu Al Husain Al Husain Al Quraysi di akaun Facebooknya.

Beliau berkata, suspek menyertai kumpulan menerusi Telegram dan berkhidmat sebagai pentadbir di Breaking News, saluran kemas kini tentang keganasan global.

“Polis menyoal siasat suspek dan menggeledah rumahnya di Kampung Harapan Jaya.



“Skuad antikeganasan merampas senjata api buatan sendiri, peluru, buku, komputer riba dan kamera dari rumahnya,” katanya.

Kes seumpama ini bukan kali pertama membabitkan seorang pekerja syarikat milik kerajaan.

Terdahulu pada September 2021, Densus 88 berjaya menahan seorang yang disyaki pengganas di Bekasi.

Dia seorang pekerja syarikat farmaseutikal milik kerajaan PT Kimia Farma.



Pekerja syarikat kerajaan disyaki pengganas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading