Pemilik terkejut warga asing ceroboh rumah

Oleh – Syeikh Baran


Pemilik terkejut warga asing ceroboh rumah
WARGA asing yang dikatakan menceroboh rumah kenalan lelaki berkenaan yang terletak di Puchong, sejak beberapa tahun lalu serta keadaan yang diceroboh warga asing. FOTO Ihsan Pembaca

Seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kenalannya di Puchong, Selangor, yang dibiarkan kosong selama 10 tahun diceroboh warga asing.

Lelaki terbabit yang memuat naik kisah itu menerusi akaun Facebook miliknya, Srilabu Kedah, memaklumkan kenalannya yang tinggal di Pantai Timur itu meminta dia menjual rumah berkenaan.



“Baru ni ada kawan kepada sahabat aku minta tolong jualkan apartment dia di Puchong. Kawan atau ‘owner’ (pemilik) itu tinggal di salah sebuah negeri di Pantai Timur.

“Jadi, dia suruh aku uruskan jual beli semua. Sebab Puchong dengan Seremban 2 tak jauh sangat, boleh aku tolong uruskan jual beli dari A sampai Z.

“Jadi, ‘owner’ itu pun poskan kunci kepada sahabat aku dan sahabat itu ‘pass’ (serah) kunci kat aku,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Lelaki itu juga memaklumkan mengenai status rumah berkenaan sama ada berpenghuni atau kosong.



“Aku tanya rumah (itu) siapa tinggal sekarang? ‘Owner’ kata rumah kosong dah beberapa tahun. Dari beli tak duduk, sebab dia lebih suka duduk (tinggal) di kampung.

“Aku pun pi (pergi) nak tengok ‘condition’ (keadaan) rumah elok ke tak. Bila sampai aku tengok ada orang dalam rumah.

“Aku pun call (telefon) kawan ‘owner’ tu sekali lagi nak ‘confirm’ (pastikan) betul ke rumah kosong? Aku pun cakap kat dia, ada orang dok rumah ni iaitu warga asing!

“Bukan kata aku yang terkejut, kawan ‘owner’ dan ‘owner’ pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa pun sejak beli lebih 10 tahun lalu,” katanya.



Menurutnya, warga asing itu tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menyebabkan dia tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.

“Dalam hati aku kata berani betul depa (mereka). Ceroboh masuk rumah orang macam itu saja. Kita warga sendiri (tempatan) pun tak berani buat macam itu.

“Depa (Mereka) berani-berani masuk rumah orang buat dek saja. Air depa tarik dari rumah sebelah. Elektrik pula tak tau depa sambung macam mana,” katanya.

Katanya, dia juga ada bercakap dengan penyelia warga asing itu, iaitu seorang lelaki dipercayai Bangladesh dan memaklumkan mereka sudah lama menetap di rumah berkenaan tanpa membayar sewa dengan tidak tidak diganggu sesiapa.



“‘So’ (sekarang) depa pula minta bukti dari aku, ‘you’ (awak) betul ke wakil ‘owner’? Depa nak bukti dari kita yang kita ni ‘owner’ yang betul. Oh apa sudah jadi Malaysiaku.

“Aku dah suruh ‘owner’ buat ‘report’ (laporan) polis dan akan aku akan report juga ke pihak Imigresen.

“Hampa (kamu) boleh ‘share’ (kongsi) dan ‘make peoples alert’ (buat orang peka) tambah-tambah ‘owner’ yang ada rumah tapi tak da orang sewa atau duduk,” katanya.

Terdahulu, hantaran itu tular hari ini selepas dikongsi lelaki berkenaan di Facebook dan mendapat reaksi negatif daripada warga net yang berpendapatan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.



Sumber – Harian Metro


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading