Sita sembilan motosikal dalam Ops Samseng Jalanan

Oleh – Syeikh Baran


Sita sembilan motosikal dalam Ops Samseng Jalanan
POLIS Maran menyita sembilan motosikal membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan sekitar daerah Maran. – GAMBAR IHSAN POLIS MARAN

Polis menyita sembilan buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar daerah ini dan Plaza Tol Sri Jaya di sini bermula petang semalam hingga awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, operasi itu bagi membanteras kegiatan samseng jalanan yang menunggang motosikal sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dan mengganggu ketenteraman awam.



Menurutnya, kaedah operasi yang dijalankan adalah dengan menahan kumpulan motosikal dan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh.

“Operasi dikendalikan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran.

“Sejumlah 140 motorsikal diperiksa melibatkan 150 orang, sembilan motosikal disita, 57 motosikal disaman melibatkan 114 kesalahan.

“Kesalahan dilakukan adalah membabitkan lesen (25 saman), cermin sisi (22), nombor plat (41), topi keledar (satu), tidak pamer P (satu), bawah umur 16 (satu), lesen kenderaan motor (lima), ubahsuai (12) insuran (empat) dan dua saman tiada brek,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.



Sumber – UTUSAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading