Sukar lakukan kerja kerana arus Sungai Perai deras

Oleh – Syeikh Baran


Sukar lakukan kerja kerana arus Sungai Perai deras
Pasukan penyelam berdepan kesukaran untuk membaiki paip dasar Sungai Perai yang bocor memandangkan keadaan arus sungai yang deras, ketika ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan pelan A yang sedang dijalankan iaitu melibatkan kerja-kerja mengapit semula saluran paip bawah air di Sungai Perai berdepan kesukaran, awal pagi tadi.

PBAPP berkata, penyelam berdepan kesukaran kerana keadaan arus air sungai yang deras.



“Penyelam menghadapi masalah untuk mengapit semula saluran paip bawah air pada awal pagi tadi. Ini menyebabkan penyelam tidak dapat meletakkan bahagian bawah pengapit berat dengan betul pada tempatnya untuk diikat,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, PBAPP sedang melaksanakan dua pelan tindakan respons kecemasan secara serentak iaitu melibatkan plan A iaitu melaksanakan kerja-kerja mengapit semula saluran paip 1,350 milimeter (mm).

Kon Yeow berkata, pelan B pula melibatkan kerja pembinaan dua saluran paip gantian 600mm baharu merentasi Sungai Perai untuk menggantikan bahagian saluran paip 1,350mm di dasar Sungai Perai yang bocor.

Bagaimanapun, sekiranya plan A tidak dapat dilaksanakan kira-kira 120,000 pengguna air di kawasan Barat Daya dan sebahagian pengguna di Timur Laut perlu bersedia berdepan gangguan bekalan air sekurang-kurangnya tujuh hari sehingga 30 Januari depan.



Menurut PBAPP, pihaknya sedang meneroka semua pilihan rasional untuk menyelamatkan Pelan A.

“Sehingga pukul 9.30 pagi ini, 50 peratus kerja pengapitan semula dilaksanakan. Namun, pemulihan bekalan air kepada 84 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas belum selesai,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di Facebook PBAPP mendapati pengguna di kawasan Bayan Lepas merayu bantuan bekalan air masuk ke kediaman mereka dengan lebih kerap selain tidak berlaku berat sebelah oleh pihak tertentu dalam menyalurkan bekalan air.

Sumber -KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading