Wanita AI jadi ‘rebutan’

Oleh – Syeikh Baran


Wanita AI jadi 'rebutan'
LEXI Love. FOTO Agensi

Lexi Love, ‘wanita’ berambut perang yang sebenarnya model dihasilkan menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI), menarik perhatian kerana ‘kecantikan’ dan dapat bertutur dalam 30 bahasa.

Lebih menarik, wanita itu boleh bercakap tanpa henti selama 24 jam sehari bagi mereka yang membayar perkhidmatannya.



Oddity Central melaporkan, perkhidmatan model AI sedang berkembang pesat, dan Lexi Love hanyalah contoh terkini manfaat daripada teknologi itu.

Lexi Love, baru-baru ini, menjadi tajuk utama berita antarabangsa, dengan penciptanya, Foxy Al yang berpangkalan di United Kingdom (UK) mendakwa menjana kira-kira AS$30,000 (kira-kira RM142,065) menerusi langganan bulanan.

Selain itu, Lexi Love menerima lebih 20 ‘lamaran’ perkahwinan, walaupun hanya aktif sejak Jun tahun lalu.

 

“Bersandarkan popularitinya yang semakin meningkat, Lexi Love menjadi sumber pendapatan yang lumayan.



“Ia adalah bukti keupayaannya untuk berhubung secara mendalam dengan orang ramai dan memberikan mereka pengalaman seperti (berinteraksi dengan) manusia, walaupun AI,” katanya kepada Jam Press.

Di laman web Foxy AI, Lexi Love muncul sebagai penggemar susyi dan penari tarian tiang profesional berusia 21 tahun. Hobinya termasuk melakukan senaman yoga dan bermain bola tampar pantai.

Pelanggan yang membayar boleh terbabit dalam pemesejan teks dan suara dengan Lexi Love. Beberapa individu sangat terpikat dengan model AI sehingga mereka menghantar ‘lamaran’ perkahwinan.

Pencipta Lexi mendakwa model AI itu direka untuk menjadi ‘teman wanita’ yang sempurna untuk ramai lelaki, dengan ciri dan gaya sempurna.



Ia dengan kejayaan besar dalam tempoh singkat sekali gus menjadi bukti potensi perniagaan yang sangat menguntungkan, walaupun isu ini turut menimbulkan kontroversi.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading