SPRM tahan 4 ahli perniagaan termasuk bekas setiausaha politik menteri

SPRM tahan 4 ahli perniagaan termasuk bekas setiausaha politik menteri

SPRM tahan 4 ahli perniagaan termasuk bekas setiausaha politik menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman empat ahli perniagaan termasuk seorang bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang individu bergelar Datuk Seri.

PUTRAJAYA  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman empat ahli perniagaan termasuk seorang bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang individu bergelar Datuk Seri.

Mereka ditahan kerana disyaki menerima suapan dari beberapa syarikat serta kontraktor yang telah mendapat tender di sebuah kementerian.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan tiga suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan sehingga 27 Januari ini manakala seorang lagi suspek direman selama tiga hari iaitu sehingga 26 Januari 2024  selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.



Menurut sumber, penahanan terhadap keempat-empat suspek dibuat selepas suspek utama yang sebelum ini bekerja sebagai setiausaha politik seorang bekas menteri telah meminta dan menerima suapan bagi memastikan tender pembekalan di sebuah kementerian diperoleh pihak kontraktor.

“Keempat-empat suspek lelaki ini dipercayai telah menerima suapan daripada beberapa syarikat termasuk kontraktor yang mendapat tender kerja di sebuah kementerian sekitar 2020 hingga 2021 bernilai jutaan ringgit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalah dan hilang deposit tetapi masih ghairah berpolitik




“Kesemua suspek telah ditahan sekitar jam 7 hingga 8.30 malam tadi iaitu tiga di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir bagi direkodkan keterangan dan seorang lagi ditahan di sekitar Shah Alam, Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Katanya, SPRM juga berkemungkinan akan memanggil beberapa individu lain bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

SPRM tahan 4 ahli perniagaan termasuk bekas setiausaha politik menteri

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Sudah Overkilled Mahathir




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading