Kalah dan hilang deposit tetapi masih ghairah berpolitik

Oleh – Bakhtiar Omar


Kalah dan hilang deposit tetapi masih ghairah berpolitik

Tun Mahathir kalah dan hilang deposit pada PRU15 namun masih ghairah berpolitik apabila mencabar supaya Anwar Ibrahim membubarkan parlimen.



Beliau membuat cabaran itu dalam sidang media semalam.

Semua tahu, sidang media Mahathir semalam sekadar mahu menunjukkan beliau masih berpengaruh dan mahu agar SPRM tunduk kepada tuntutan beliau.

Apabila anaknya, Mirzan Mahathir disiasat SPRM dan diminta untuk mengisytiharkan harta di dalam dan luar negara, Mahathir mula gelisah.

Sebagai bapa, memang hak Mahathir merasa gelisah tetapi anaknya bukan lagi kanak-kanak yang perlu perlindungan dari bekas Perdana Menteri untuk dikecualikan dari sebarang tindakan undang-undang.



Mahathir sendiri pernah berkata tiada sesiapa lebih tinggi dari Undang-Undang, “No body is above the law”.

Jadi, mengapa perlu risau dan takut bila Mirzan disiasat SPRM? Yakin dan percaya kepada sistem perundangan Malaysia jika perniagaan serta perolehan, tatacara dan bagaimana mendapat kontrak perniagaan tiada unsur rasuah atau menggunakan pengaruh Mahathir.

Yang sangat jelas dalam sidang media tersebut, Mahathir menyerang SPRM dan mendakwa Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri.

MAHATHIR MUDAH LUPA

Kalah dan hilang deposit tetapi masih ghairah berpolitik



Mungkin atas faktor umur, Mahathir lupa apa yang beliau pernah lakukan apabila menjadi Perdana Menteri Ke-7 pada 2018.

Melantik Latheefa Koya yang merupakan ahli politik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Jun 2019. Melalui agensi tersebut, ramai ahli politik ‘dikenakan’ oleh Mahathir dengan pelbagai dakwaan.

Belum lagi membicarakan bagaimana Mahathir menggunakan ISA-Akta Keselamatan Negara sebagai perisai untuk ‘mengganyang’ musuh politik semasa beliau berkuasa.

Mahathir juga lupa bagaimana beliau menggesa Zahid membubarkan Umno tetapi kerana sikap melawan yang ditunjukkan Zahid, maka beliau juga ‘dikenakan’ dengan pelbagai pendakwaan.



Beliau juga telah melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan mengejutkan sekali apabila Tommy pula mendedahkan Mahathir menggunakan kuasanya bagi melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar di Malaya dan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak tanpa mengikut proses perundangan yang ditetapkan.

Pada muka surat 342-343 buku beliau, Tan Sri Tommy Thomas mendedahkan bahawa, dalam satu pertemuan, pelantikan keempat-empat mereka adalah diputuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atas cadangan beliau yang “arif dengan semua hakim Mahkamah Persekutuan”. – Laporan – 23/2/2021

Mahathir juga turut ‘menipu’ apabila sering menyatakan beliau tidak mempengaruhi urusan perniagaan anak-anaknya.

Semalam, Mahathir sendiri menyatakan Mirzan berniaga semasa beliau menjadi Perdana Menteri pada 1981. Apakah dengan “BIN MAHATHIR” tidak akan menjadi keutamaan untuk mendapat kontrak perniagaaan? Janggal sekali jika beliau menafikannya.



Pembaca boleh berfikir sendiri dan menilai mengapa Mahathir begitu takut bila anaknya disiasat SPRM.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button