Daim didakwa minggu hadapan – Azam Baki

Oleh – Syeikh Baran


Daim didakwa minggu hadapan – Azam Baki
Tun Daim Zainuddin (kanan) dan Tan Sri Azam Baki.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Tun Daim Zainuddin  akan dituduh mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu Utusan Malaysia, tindakan itu dilakukan SPRM sebaik pihak peguam kepada Daim memaklumkan bekas menteri kewangan itu telah keluar  hospital hari ini.



“Pada peringkat ini, pegawai penyiasat dalam perbincangan bagi pertuduhan di mahkamah dikenakan terhadap beliau,” katanya secara ringkas.

Terdahulu, Daim sepatutnya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Akta SPRM kerana suruhanjaya itu sudah mendapat kebenaran berbuat demikian.

Bagaimanapun, pertuduhan ke atas Daim dijadual semula selepas beliau dimasukkan ke hospital.

Semalam Azam berkata, Jabatan Peguam Negara sudah memberi kebenaran untuk SPRM mendakwa bekas menteri kanan terbabit sejak minggu lalu.



Kelmarin, isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid didakwa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Na’imah, 67, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik sahaja jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Sumber – UTUSAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading