Dana pelaburan syariah masuk akaun Najib

Oleh – Syeikh Baran


Dana pelaburan syariah masuk akaun Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak

Pegawai penyiasat skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, dana yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun SRC International Sdn. Bhd. untuk digunakan dalam pelaburan syariah telah didepositkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin berkata demikian berdasarkan satu surat yang dihantar oleh Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil kepada Tanore.



Tanore Finance adalah syarikat yang dikawal oleh sekutu Jho Low bernama Eric Tan Kim Loong. Berdasarkan keterangan saksi sebelum ini, Tanore telah memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu.

SRC International merupakan syarikat subsidiari 1MDB.

“Berdasarkan satu surat yang dihantar oleh Nik Faisal Ariff Kamil wakil dari SRC International Sdn. Bhd. (SRC) kepada Tanore bertarikh 18 March 2013, terdapat satu “Mudharabah Agreement” yang telah dimeterai di antara Tanore dan SRC.

“Di dalam perjanjian tersebut dinyatakan bahawa Tanore perlu menyediakan wang kepada SRC untuk SRC melaburkan wang ke dalam pelaburan yang berlandaskan Syariah. Di dalam perjanjian ini juga dinyatakan bahawa wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun SRC pada atau sebelum 25 Mac 2013.



“Namun, butiran akaun yang diberikan di dalam perjanjian tersebut adalah nombor akaun berakhir 9694 atas nama pemilik AmPrivate Banking-MR. Pemilik sebenar akaun ini adalah Datuk Seri Najib,”kata saksi pendakwaan ke-49 itu.

Terdahulu, Nur Aida menyatakan Najib tidak membenarkan Mohd. Hazem untuk membawa balik bon AS$3 bilion yang diterbitkan dalam perjanjian usahasama dengan pihak Aabar PJS bagi membiayai keperluan syarikat 1MDB walaupun telah diminta berulang kali oleh bekas CEO itu.

“Jho Low menyampaikan arahan bahawa dana ini tidak boleh dibawa pulang kerana ia adalah untuk kegunaan dana pilihanraya UMNO. Mohd. Hazem pernah memaklumkan perkara ini kepada (Allahyarham) Datuk Azlin Alias (bekas Setiausaha Sulit Najib) dan Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin untuk memanjangkan perkara ini kepada Datuk Seri Najib. 

“Bagaimanapun, Datuk Seri Najib tidak membenarkan dana ini dibawa pulang dan tiada sebab yang jelas diberikan,” kata Nur Aida.



Tambahnya, Mohd. Hazem selaku CEO 1MDB dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB GIL tidak mempunyai akses dan kawalan ke atas dana yang diterbitkan daripada bon ini.

Najib kini sedang dibicarakan atas empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Jumaat ini (26 Januari).

Sumber – UTUSAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading