CEO PNB dijangka dilantik CEO baharu KWSP
CEO PNB dijangka dilantik CEO baharu KWSP
Singapura/Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka menamakan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB), Ahmad Zulqarnain Onn, sebagai CEO baharu, kata tiga individu yang rapat dengan perkara itu.
Pelantikan itu akan mengisi jawatan yang kosong selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember lalu menamakan CEO sebelum ini, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan Kabinet.
Pelantikan Ahmad Zulqarnain dijangka diumumkan pada akhir bulan ini, kata dua daripada sumber berkenaan.
Dalam satu e-mel jawapan kepada pertanyaan Reuters semalam, seorang jurucakap KWSP berkata dana persaraan itu tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perubahan kepimpinan pada masa sekarang.
Pejabat Perdana Menteri dan PNB tidak memberikan maklum balas segera kepada permintaan mendapatkan kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Buat Laporan Polis Atas Fitnah Chegu Bard
- Sebelum Kecam Kerajaan, Elok Muhyiddin Cermin Diri Sendiri Dahulu
Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis
Sumber berkenaan enggan dikenali dan tidak diberikan kuasa untuk bercakap kepada media.
Pelantikan itu dibuat ketika KWSP, dana persaraan ke-12 terbesar dunia, menyasarkan untuk membina semula rizabnya selepas pengeluaran terbesar dana ahli semasa pandemik Covid-19.
Pasaran akan memerhatikan dengan penuh minat peranan Ahmad Zulqarnain untuk mengukuhkan pelaburan domestik susulan gesaan oleh Anwar supaya institusi berkaitan kerajaan menyokong ekonomi negara ini.
Antara 2020 dan 2022, rakyat Malaysia mengeluarkan kira-kira RM145 bilion dana persaraan daripada KWSP, mencetuskan kebimbangan kekangan terhadap dana penjagaan kesihatan dalam jangka panjang.
Ahmad Zulqarnain, graduan Harvard University dilantik pada Julai 2020 untuk menerajui PNB, yang menguruskan aset berjumlah RM343.1 bilion setakat 30 November 2022, menurut laman web pengurus dana amanah itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perbezaan Antara Mahathir Dan Netanyahu
-
NGO dan Mahathir sahaja hadir ke Istana, Perikatan Nasional ghaib?
Di bawah kepimpinannya, PNB menerajui pembentukan kumpulan automotif terbesar Malaysia bagi menyokong usaha kenderaan elektrik (EV) negara, dan berusaha menambah aset infrastruktur ke dalam portfolionya sebagai sebahagian strategi kepelbagaian.
Sebelum menyertai PNB, Ahmad Zulqarnain sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd.
Ditubuhkan pada 1951, KWSP adalah dana persaraan ke-12 terbesar dunia dengan 15.72 juta ahli dan aset kira-kira RM1 trilion, demikian menurut laporan tahunan 2022.
Pelaburan KWSP dalam pasaran saham awam di Malaysia termasuk bank terbesar Maybank dan syarikat utiliti elektrik, Tenaga Nasional Bhd (TNB), menurut data LSEG.
KWSP juga melabur dalam pasaran persendirian termasuk hartanah dan ekuiti swasta.
CEO PNB dijangka dilantik CEO baharu KWSP
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Tiada Pilihan Selain Menghapuskan Pencen?
- Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis
- Mat Jargon Meroyan Lagi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Doktor ‘Halang’ Pendakwaan Daim, Apa Tindakan KP Kesihatan?