Pengguna bawah 16 tahun dilarang miliki akaun media sosial

Oleh – Syeikh Baran


Pengguna bawah 16 tahun dilarang miliki akaun media sosial
Logo TikTok dilihat semasa pelancaran tapak e-dagang Tokopedia di Jakarta pada 12 Disember 2023. – AFP

Florida bakal menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang melarang kanak-kanak bawah umur 16 tahun daripada menggunakan laman media sosial.

Portal berita MailOnline melaporkan, rang undang-undang (RUU) itu dikemukakan di Dewan Negara pada Rabu lalu selepas mendapat kelulusan majoriti menerusi undian ahli Dewan Negeri.



Jika dikuatkuasakan, syarikat pengendali media sosial seperti Meta dan TikTok perlu memadam akaun pengguna bawah umur di Florida dan menghalang mereka mencipta akaun baharu walaupun dibenarkan ibu bapa.

Jika platform-platform media sosial melanggar peraturan, mereka perlu membayar ganti rugi sehingga AS$10,000 (RM47,275) kepada pihak yang menuntut. 

RUU itu mendakwa platform sosial media berpotensi membahayakan kesihatan mental kanak-kanak, manakala syarikat pengendalinya secara khusus mencipta ciri yang menyebabkan ketagihan.

Julia Friedland, yang merupakan Timbalan Setiausaha Akhbar kepada Gabenor Florida, Ron DeSantis memaklumkan bahawa RUU itu bagaimanapun masih tertakluk kepada proses perundangan.



“DeSantis akan menyemak undang-undang itu sebaik dimuktamadkan dan dihantar ke pejabat kami,” kata Friedland. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading