20 nahas jalan raya dalam 3 jam

Oleh – Syeikh Baran


20 nahas jalan raya dalam 3 jam
Beberapa kenderaan terlibat dalam kemalangan di jalan raya ketika hujan kelmarin. – The Pattaya News

Pasukan penyelamat di bandar Loei, Thailand merekodkan 20 kes kemalangan dalam tempoh tiga jam ketika hujan lebat kelmarin, lapor portal berita The Pattaya News.

Satu kemalangan melibatkan beberapa kenderaan pada awalnya dilaporkan berlaku di Jalan Loei-Chiang Khan selepas hujan turun.



Pasukan penyelamat Loei kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kenderaan sebelum memindahkan mereka ke Hospital Loei.

Lebih 10 kes kemalangan berasingan kemudian dilaporkan di Jalan Loei-Wang Saphung dan Jalan Loei-Na Duang.

Dalam tempoh tiga jam, lebih 20 kes nahas berlaku di bandar itu dengan salah satu daripadanya menyebabkan kecederaan serius.

Siasatan mendapati kemalangan di kawasan tersebut berlaku pada setiap tahun selepas lori yang membawa muatan pokok getah menumpahkan lateks ke atas jalan.



Permukaan jalan raya juga dilaporkan menjadi licin, tambahan lagi apabila hujan lebat. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading