Kapal angkasa India yang pertama mendarat di kutub selatan bulan

 

Kapal angkasa India yang pertama mendarat di kutub selatan bulan
SIARAN langsung pendaratan kapal angkasa India di kutub selatan bulan di Pusat Sains Nehru di Mumbai, hari ini. FOTO AFP.

New Delhi: India hari ini menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

Misi ke bulan Chandrayaan-3 telah dilancarkan pada 14 Julai.

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan “lancar”, atau terkawal, bermula pada 5.44 petang waktu India pada Rabu.



“Chandrayaan-3 telah berjaya mendarat di bulan,” Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) mengumumkan.

Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada agensi angkasa lepas dan saintis di atas pencapaian itu, sambil berkata seluruh negara sedang meraikan detik bersejarah berkenaan.

Kapal angkasa India yang pertama mendarat di kutub selatan bulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading