Hadiah ikan kerapu, bonus 13 bulan kepada 3,700 pekerja

Oleh – Syeikh Baran


Hadiah ikan kerapu, bonus 13 bulan kepada 3,700 pekerja
GAMBAR fail menunjukkan ikan kerapu. – Foto AFP

Sebuah syarikat perlombongan arang batu di wilayah Quang Ninh memberikan ikan kerapu percuma sebagai hadiah Tahun Baru Vietnam kepada 3,700 pekerjanya, lapor portal berita tuoi tre news kelmarin.

Firma itu juga menawarkan bonus kepada mereka untuk meraikan kedatangan tahun baru itu pada Februari ini.



Ia membelanjakan hampir 5 bilion dong (RM967,560) untuk membeli 18 tan ikan kerapu segar bagi menghargai para pekerjanya.

Setiap pekerja firma itu akan menerima 5 kilogram ikan kerapu segar, bonus 13 bulan  berjumlah 13 juta dong (RM2,515) dan beberapa hadiah lain sempena Tahun Baru Vietnam.

Beberapa firma lain yang berpangkalan di Quang Ninh turut memberikan hadiah ikan kerapu kepada para pekerjanya menjelang tahun baru itu. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button