Kereta dipandu bertembung lori

Oleh – Syeikh Baran


Kereta dipandu bertembung lori
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Rawa, Sungai Bogak, Bagan Serai petang tadi. – Foto IHSAN JBPM

Seorang lelaki maut apabila kereta jenis Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Sungai Rawa, Sungai Bogak di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian pada pukul 3.33 petang.



“Seorang lelaki dikenali sebagai Ng Yooi Heong, 43, disahkan maut oleh pegawai perubatan akibat kecederaan pada bahagian kepala dan mangsa tidak tersepit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya membantu mengeluarkan mayat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading