SPRM beku akaun bank Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit

 

Oleh Pena Merah

SPRM beku akaun bank Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.



Tindakan itu dibuat berikutan siasatan yang dijalankan SPRM membabitkan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lalu.

Sumber memberitahu, SPRM sebelum ini pernah menyerbu kediaman dan syarikat ahli perniagaan berusia lingkungan 70-an itu serta merampas dokumen berkaitan kewangan bagi membantu siasatan.

SPRM juga sudah merakamkan keterangan beberapa saksi penting termasuk dari agensi kerajaan serta individu dari syarikat terbabit yang sebelum ini memperoleh kontrak membekal serta menguruskan ‘fleet’ kenderaan kerajaan.

“Daripada jumlah itu, SPRM membekukan beberapa akaun yang jumlahnya dianggarkan puluhan juta ringgit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.



Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

BH sebelum ini melaporkan SPRM memeriksa kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dipercayai berhubung siasatan rasuah berkaitan pemberian tender projek perbekalan, pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan (Projek Fleet) bernilai RM4.5 bilion.

Perkembangan terkini yang turut menyaksikan serbuan ke atas beberapa syarikat berkaitan termasuk pembekal kenderaan kerajaan itu dikatakan kesinambungan kepada siasatan SPRM sejak Julai lalu.

-Berita Harian-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading