Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Biadab Dengan Warga Emas Di IG?

“Kau Tunjuk Sifat Sebenar…”

Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Biadab Dengan Warga Emas Di IG?

Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Biadab Dengan Warga Emas Di IG?

Pelakon, Fathia Latiff kembali dikecam netizen selepas dikatakan bersikap biadab dengan seorang warga emas di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Fathia dilihat memuatnaik tangkap layar DM (Direct Message) yang dihantar oleh seorang warga emas yang berusia yang berkongsikan tip kecantikan untuk menghilangkan lingkaran (dark circle) dan pigmentasi serta menitipkan doa agar pelakon ini terus bangkit dari segala kritikan.



“Dear Fathia, saya berusia 61 tahun dan umpama seorang ibu kepada anda. Sila Google manfaat minyak kastor. Saya mempunyai lingkaran hitam dan pigmentasi. Alhamdulillah berkesan dengan menggunakan castor oil.

Sekiranya ia berkesan untuk anda, saya harap anda dapat mengambil manfaat dengan menghasilkan produk berasaskan minyak kastor dengan jenama anda sendiri. Bangkitlah dari segala kecaman. Saya mendoakan anda seperti seorang ibu.”-tulis seorang netizen di DM

Biadab Dengan Warga Emas?

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi Fathia apabila menggelar warga emas berkenaan sebagai ‘tua dan bodoh’, serta menyekat (block) akaun Instagram tersebut.

“Tua tapi bodoh.  Blocked. Bring it on.”-Balas Fathia Latiff di Instagram



Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Biadab Dengan Warga Emas Di IG?

Netizen Kecam!

Tindakan Fathia itu telah mencetuskan kecaman netizen yang mengkritik sikap Fathia yang dikatakan ‘bodoh sombong’ biarpun individu terlibat hanya berkongsikan tips kecantikan kepadanya.

“Apa hal? Mak cik itu hanya mahu bantu kamu, Fathia.”

“Betul-betul hati hitam penuh dengan negatif je. Sampai orang nasihat elok-elok pun tak boleh terima..Padahal orang tu pun share pengalaman dia.”



“Kesiannya jadi you ni. Semua benda nak take negative. Poor you Fathia.”

“Jawab elok-elok tak boleh ke. Dia bukan cakap kasar pun adoii.”

“Memang minta kena kecam! Boleh bayang bagaimana sikap dia dengan yang lain-lain ya??.”

Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Biadab Dengan Warga Emas Di IG?



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Maaf Cakaplah, Dulu Lebai, Sekarang…




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading