Tutorial Make-Up Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Kita Mekap Lazy Je Wakk”

Tutorial Make-Up Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Tutorial Make-Up Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia.Dan Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.



Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Pandainya Dia Makeup, Kita Dulu Berhingus”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 50 ribu dan sebanyak 682 ribu.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah menerima set alat solek untuknya, lalu membuat full face make up dengan alat solek tersebut.

”Thank you la Bihan Cosmetic hadiahkan aaisyah.., ya Allah punya segonok dan bangga siap ek dgn kami sbb dia dpt BIHAN COSMETIC”-kata Che Ta



@rozitachewan1

Thank you la Bihan Cosmetic hadiahkan aaisyah.., ya Allah punya seqonok dan bangga siap ek dgn kami sb dia dpt BIHAN COSMETIC… . Thank you hampaaa @Bihan Makeup . #bihancosmetic #aaisyahdhiarana #cheta #fyp #cekangjelita #fyp

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah sangat pandai menggunakan alat solek tersebut.



Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah dan taat serta berbakti kepada kedua ibu bapanya itu. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Tutorial Make-Up Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Maaf Cakaplah, Dulu Lebai, Sekarang…



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button