Shakilla Khoriri Mohon Netizen Henti Gores Hati Fizi Ali!

Tak Mahu Anak Membesar Dengan Gosip Tentang Ayahnya

Shakilla Khoriri Mohon Netizen Henti Gores Hati Fizi Ali!

Shakilla Khoriri Mohon Netizen Henti Gores Hati Fizi Ali!

Umum mengetahui bahawa perceraian memberi kesan kepada sesebuah institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi kepada anak-anak. Perceraian ibu bapa yang kadangkala membawa kepada perebutan hak penjagaan anak mengakibatkan gangguan emosi kepada anak-anak.

Tambah-tambah, ramai pasangan yang terus bermusuh dikatakan kerana pengabaian nafkah serta perebutan hak penjagaan anak yang tidak berkesudahan kadangkala terjadi selepas penceraian. Pasangan bercerai perlu jaga hak-hak selepas perceraian untuk elakkan pertikaian dan perpecahan lebih serius.



Namun, andai kata anak-anak menetap bersama ibu selepas penceraian, si ibu perlu mendapatkan bantuan guru kaunseling untuk meneruskan kehidupan.

Malah, ibu dan bapa juga perlu memastikan hubungan selepas penceraian kekal baik demi anak-anak dengan menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Shakilla Khoriri memohon setiap pihak menghormati dirinya dan juga bekas suaminya Fizi Ali yang kini sedang berusaha menyelesaikan isu penjagaan anak mereka.

Shakilla Khoriri Mohon Netizen Henti Gores Hati Fizi Ali!



 

Selain minta diberi ruang, Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, juga berharap orang ramai tidak meninggalkan penulisan yang boleh menggores hati semua pihak terutama Fizi.

“Saya faham adakalanya emosi tidak menentu dengan semua yang berlaku sekarang ini tetapi saya minta kalian untuk tidak berkata dan menulis perkara kurang baik terhadap sesiapa terutama kepada ayah Ameena Sofia.

“Saya mohon maaf cakap tentang benda ini tetapi sila hormat semua yang sedang berlaku dan saya minta untuk tidak memperbesarkan isu ini kerana biarlah kami bertiga sahaja yang lalui,” katanya dalam sebuah video.



Menerusi video sama, dia menjelaskan permintaannya itu bagi memastikan Ameena membesar dalam persekitaran dan kehidupan yang lebih baik.

Shakilla Khoriri Mohon Netizen Henti Gores Hati Fizi Ali!

 

“Saya tak mahu Ameena membesar dengan banyak perkara yang tidak baik tentang saya ataupun daddy dia.



“Jadi saya minta jasa kalian semua untuk berhenti menulis (perkara buruk). Tulis sahaja doa dan hal yang baik,” ujarnya.

Pada 22 Januari lalu, proses Sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang juga seorang pelakon gagal mencapai kata sepakat.

Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.

Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.



Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Shakilla Khoriri Mohon Netizen Henti Gores Hati Fizi Ali!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Maaf Cakaplah, Dulu Lebai, Sekarang…


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading