Hentikan tuduhan dan sangkaan buruk – Raghad Kurdi

 

Oleh Pena Merah

Hentikan tuduhan dan sangkaan buruk - Raghad Kurdi

Isteri kepada bekas Yang Dipertua Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, merayu kepada semua pihak terutamanya rakyat Sarawak agar dapat menghentikan tuduhan dan sangkaan buruk terhadap dirinya.



Raghad berkata, beliau menyedari berita mengenai insiden suaminya, Tun Abdul Taib Mahmud, dibawa keluar dari sebuah hospital pakar yang tersebar sejak beberapa hari lalu.

“Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita portal dalam media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak.

“Satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun Taib.

“Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami pada ketika ini,” katanya menerusi surat kepada media di sini, awal pagi tadi.



Raghad turut merayu agar semua pihak tidak percaya terhadap sebarang khabar angin bahawa beliau akan melarikan diri.

“Walaupun saya adalah warga asing, tetapi sekarang saya rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat Malaysia.

“Saya tidak akan meninggalkan negara ini dan akan meneruskan kerja-kerja amal saya kepada rakyat Sarawak selepas Tun Taib kembali sihat,” katanya.

-Berita Harian-



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button