Ketua isi rumah miskin tegar meningkat di Kelantan

 

Oleh Pena Merah

Ketua isi rumah miskin tegar meningkat di Kelantan
Jumlah miskin tegar di Kelantan bertambah susulan peningkatan PGK yang ditetapkan oleh DOSM pada 31 Januari lalu.

Jumlah ketua isi rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar di Kelantan meningkat daripada 9,000 kepada 14,000 pada awal tahun ini.

Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PPNK ICU JPM) Jasri Kasim berkata, pertambahan sebanyak 5,000 KIR itu disebabkan peningkatan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 31 Januari lalu.



“Jumlah peningkatan itu menjadi satu cabaran buat kami dalam usaha memastikan kejayaan menoktahkan miskin tegar di negeri ini.

“Pada masa sama, bilangan KIR di bawah kategori miskin di negeri ini meningkat sebanyak 10,000 daripada 68,000 kepada 78,346,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Media Bersama PPNK ICU JPM di sini malam tadi.

Jasri memberitahu, selain itu, pihaknya telah membentangkan Kertas Strategik Menoktahkan Miskin Tegar di Kelantan Tahun 2024 pada Mesyuarat Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Negeri Kelantan.

Katanya, kertas strategik tersebut menggariskan empat strategi utama yang akan melibatkan semua agensi pemberi bantuan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.



“Kita ada senarai mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar di negeri ini dan akan mengambil pendekatan untuk bertemu secara bersemuka dengan setiap individu berkenaan,” ujarnya.

-Kosmo Online-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading